Refleksologi
Rawatan
refleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan
penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada di badan yang mana
titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki
seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada
tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.
Refleksologi
juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian
membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem
saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.
Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali.
Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali.
![]() |
Refleksologi tapak kaki |
Urutan
ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang
kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang
tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak.
Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan
kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki
mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.
Kesan Yang Mungkin Timbul Dari Rawatan
Urut Tradisional Refleksologi.
- Kencing lebih kotor dan berbau lebih busuk kadangkala juga seakan-akan berpasir.
- Bahagian-bahagian tertentu dari anggota badan akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian hilang dengan sendirinya atau berpindah ke tempat lain.
- Rasa letih,lesu dan mengantuk.
- Timbul gatal-gatal di kulit.
- Berak cair atau berminyak.
- Kepala terasa sakit.
- Muntah-muntah.
- Banyak buang angin.
- Urat darah nampak timbul.
- Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat.
- Rasa lebih ringan dan lebih cergas.
Penyakit-Penyakit Yang Senang
Disembuhkan Dengan Rawatan Urut Tradisional Refleksologi.
- Sakit kepala.
- Sakit buah pinggang.
- Sakit lutut.
- Kebas kaki/tangan.
- Lenguh-lenguh.
- Sembelit.
- Sakit jantung.
Penyakit-Penyakit Yang Sukar
Disembuhkan Dengan Rawatan Urut Tradisional Refleksologi.
- Barah yang sudah terlambat.
- Urat saraf yang sudah putus.
- Penyakit yang disebabkan oleh sihir.
- Kena rasuk Jin.
![]() |
Guasa pada wajah |
Urutan inovatif adalah urutan yang mengabungkan beberapa teknik urutan bagi tujuan langkah perawatan masalah tertentu. Antara teknik urutan yang diguna pakai dalam teknik ini adalah urutan guasa, urutan tradisional Melayu, urutan Thai dan urutan sukan (sport massage).
Urutan inovatif biasanya dilakukan berdasarkan kepada keperluan dan symptom masalah yang memerlukan gabungan daripada teknik-teknik urutan seperti yang dinyatakan tadi. Ia bertujuan untuk memberi renggangan pada otot sambil merehatkan bahagian otot tertentu.
Peralatan alat bantu mengurut |
Dengan mengabungkan teknik urutan tradisional Melayu pula, simpulan urat yang tidak mengikut jajarannya akan dapat diberbaiki lantas memberi kesan lebih optimum. Manakala otot yang menegang pula dapat diatasi dengan teknik urutan sukan mahupun urutan thai. Justeru teknik urutan inovatif ini diharap dapat member kelegaan kepada pesakit lantas menyembuhkan penyakit dengan izin Allah.
(Rasai kesegaran selepas urutan. Sila hubungi kami untuk temujanji. +6012 275 4441 Syahril)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan