![]() |
Jarum akupuntur yang halus |
Akupuntur adalah
sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik
tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’. Perkataan
akupuntur berasal daripada bahasa Latin di mana acus bermaksud jarum dan
pungere bermaksud cucuk. Sejarah membuktikan bahawa bangsa China merupakan
bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal
ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya
yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang
pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang
penulis di Beijing, China.
Rawatan
akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun
awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan
China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada
China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar
China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.
Tujuan akupunktur adalah untuk
merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan
meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara
automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan
pengaliran darah di kawasan tersebut.
Akupuntur di kawasan tangan |
FUNGSI 'Qi'
Lima
fungsi utama Qi ialah ;
1)
Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan
2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan
Kaitan Akupunktur dengan Terapi Bekam
Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam, maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam.
Paste needle untuk akupuntur pada kanak-kanak |
Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak
ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam.
Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam
kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut
cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya.
Akan tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah
Akan tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah
![]() |
Akupuntur perlukan pengetahuan dan kemahiran |
Kelebihan Akupunktur
- Merangsang atau mengaktifkan saraf
- Menstabilkan pengaliran darah
- Menormalkan tekanan darah
- Merangsang tenaga Chi
- Mengatasi pelbagai penyakit
- Tidak menggunakan dadah
- Tidak ada kesan sampingan
- Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
- Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
- Melegakan kesakitan
- Mengatasi kemurungan
- Meningkatkan kecerdasan
- Mengatasi masalah rabun
(In ShaaAllah, akupuntur boleh menjadi ikhtihar dalam kesembuhan kita dengan izin Allah. Sila hubungi kami untuk temujanji. +6012 275 4441 Syahril)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan