Sejak ribuan tahun lalu, bekam telah dikenali dan dipraktikan oleh pelbagai bangsa di dunia. Sekitar 4000 tahun sebelum masehi, iaitu sejak kerajaan Sumeria, bekam telah diguna pakai sebagai ikhtihar untuk penyembuhan pelbagai penyakit pada ketika itu. Seterusnya bekam berkembang hingga ke Babilon, Mesir, Saba’ dan Parsi.
Di zaman Dinasti Firaun iaitu ketika Firaun Ramses 2 bekam menjadi semakin popular. Secara tidak sengaja, banyak terjadi kejadian orang-orang yang dilempar dengan batu hingga menjadi lebam. Lalu apabila darahnya dikeluarkan, ternyata ia sembuh.
Sehinggalah pada zaman Nabi Muhammad SAW, bekam menjadi method perubatan yang sangat penting dan disarankan oleh Nabi SAW sebagai ikhtihar rawatan untuk pelbagai penyakit.
Namun sekitar 2500 sebelum masihi bekam terus berkembang ke Negara China. Dan di sana bekam semakain meluas penggunaannya setelah titik akupuntur diperkenalkan.
Definisi
Bekam disebut dalam pelbagai versi di seluruh dunia. Di Arab bekam dipanggil dengan sebutan Hijamah(Hijammah) yang diambil dari kata al-hajmu yang bermaksud menghisap. Di Indonesia pula ia dikenali dengan sebutan canduk, canthuk, kop atau mambakan. Manakala di Eropah pula is dipanggil dengan panggilan cupping dan fire bottle. Sementara di Malaysia ia popular dengan sebutan bekam darah atau bekam sunnah.
Maka dari segi bahasa bekam bermaksud perbuatan menghisap untuk mengeluarkan darah.
Darah bekam yang biasa dipanggil darah kotor mengandungi toksin dan asid |
Dalil
Rasulullah SAW besabda :
“Kesembuhan itu berada pada tiga cara, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan api besi panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya kaedah peerubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
Pada malam aku diisra'kan, aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)" (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."
Mengapa Harus Berbekam?
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah yang menyebabkan sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar.
Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.
Toksid dalam tubuh manusia
antaranya berpunca daripada:
1.
|
Pencemaran udara
|
2.
|
Makan makanan segera kerana
mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk badan seperti pengawet, pewarna,
perisa, dan sebagainya
|
3.
|
Hasil pertanian yang beracun
(insektisid, fungisid, herbisid)
|
4.
|
Tabiat buruk seperti merokok,
makan tidak teratur/bersih, makanan terlalu panas atau sejuk, terlalu masam,
dan lain-lain
|
5.
|
Ubat-ubatan kimia, kerana
mempunyai kesan sampingan merosakkan organ dan micro-organisma baik dalam
sistem badan
|
Darah yang keluar mengental seperti jeli. |
Terdapat banyak faktor yang
menyebabkan darah beku iaitu:
1.
|
Darah beku yang
diakibatkan oleh kecederaan ketika di dalam rahim dan semasa dilahirkan
|
2.
|
Darah beku yang
berpunca dari penderitaan fizikal seperti kemalangan, terseliuh, dan
aktiviti-aktiviti lasak
|
3.
|
Darah beku akibat
perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat,
dan ikat kepala yang berpanjangan
|
4.
|
Darah beku yang
berpunca dari emosi yang tidak terkawal. Kemarahan, ketakutan, kesedihan, dan
kerisauan menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang dapat
membahayakan metabolisma tubuh
|
5.
|
Darah beku yang
diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit, dan
pencemaran alam sekitar
|
Antara peralatan bekam yang digunakan |
Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.
(Kami menyediakan khidmat bekam bagi lelaki dan perempuan. Sila hubungi kami untuk temujanji. +6012 275 4441 Syahril)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan