Sihat Secara Semulajadi

SIHAT SECARA SEMULAJADI

Thibbun Health

Menjalankan ikhtihar diagnosis kesihatan, rawatan bekam sunnah (hijammah), terapi lintah (bekam lintah), akupuntur, urutan refleksologi, urutan guasa, urutan tradisional Melayu, urutan sukan (sport massage), urutan Thai, pembetulan tulang belakang (kiropratik/yumeiho), gurah dan terapi ion rendaman kaki. Juga menjual produk kesihatan berasaskan sunnah dan semulajadi.

Khamis, 22 Ogos 2013

Larangan-larangan bekam

Berikut adalah larangan-larangan yang berkaitan amalan berbekam :

*    Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita diabetis atau pendarahan, kecuali juru bekam yang mahir.
*    Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap pesakit yang fizikalnya sangat lemah.
*   Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita infeksi kulit yang kronik.
*    Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap orang tua jika mereka tidak begitu memerlukannya, kerana lemahnya fizikal mereka.
*    Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita penyakit kanser darah.
*    Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap wanita yang sering mengalami keguguran kandungan.
*    Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit yang gila atau masalah ketidakstabilan emosi.
*    Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit Hepatitis A dan B apabila sedang dalam keadaan parah.
*    Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap penghidap penyakit kuning akibat Hepatitis.
*    Sepatutnya dihindari pembekaman sesudah mandi.
*    Sepatutnya dihindari pembekaman setelah pesakit mengalami muntah.
*    Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit yang menjalani hemodialisis.
*    Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit yang mengalami kelainan degupan jantung, kecuali di bawah pengawasan doktor dan orang yang benar-benar ahli bekam.
*    Dianjurkan supaya tidak makan sesudah berbekam, tetapi boleh meminum madu atau minuman yang memulihkan kesegaran.

*    Ketika membekam, jangan meletakkan gelas bekam di atas urat sendi yang cedera bagi pesakit yang mengalami cedera urat sendi.
*    Bagi pesakit masalah bendalir lutut, jangan diletakkan gelas bekam di kawasan yang dirasai sakit padanya.
*    Jangan lakukan bekam kepada pesakit yang baru selesai makan (dalam keadaan kenyang), tetapi sebaiknya tempoh dua jam sesudah makan.
*    Kaedah bekam untuk pesakit yang bermasalah diabetis adalah dengan penggunaan pen lanset/ jarum akupuntur, tidak boleh menggunakan kaedah sayatan.
*    Bagi pesakit yang bermasalah tekanan darah rendah, mereka tidak boleh dibekam di kawasan punggung bahagian bawah. Pembekaman pula dilakukan satu demi satu cup, jangan dilakukan sekaligus di dua tempat atau lebih.
*    Bagi pesakit yang menghidapi anemia, pembekaman dilakukan satu demi satu cup, sesuai dengan keadaan dan kesediaan tubuh badannya.
*    Jangan dilakukan bekam terhadap wanita yang hamil pada tiga bulan pertama.
*    Tidak dianjurkan bekam terhadap pesakit yang bermasalah sihir, kerasukan dan yang seumpamanya, kecuali oleh juru bekam yang mampu mengendalikan keadaan-keadaan tersebut.
*    Jangan dilakukan bekam terhadap orang yang baru mnendermakan darahnya, kecuali setelah dua atau tiga hari menderma darah serta bergantung kepada keadaan kesihatannya.
*    Pengguna ubat-ubat perangsang tidak digalakkan berbekam, kecuali setelah meninggalkannya.
*    Bagi orang tua dan kanak-kanak, hanya dilakukan penyedutan ringan.
*    Tidak dianjurkan melakukan bekam dalam keadaan sangat lapar atau sangat kenyang.
*    Dianjurkan mandi air panas dan melakukan urutan ringan setelah berbekam.

Isnin, 4 Februari 2013

Nasihat Kesihatan

Nasihat Kesihatan.... (sekadar perkongsian)

Dalam tempoh sebulan setengah saya membuat perawatan secara agresif, rata-rata pesakit yang datang mendapatkan rawatan berusia lingkungan 30an. Paling mendukacitakan masalah gout dan kencing manis dah mula menjadi rakan karib pesakit. Maka terpaksalah berpantang makanan.
Gout akibat daripada tompokan urik asid

Klau dulu orang kata penyakit mula menguasai diri ketika usia 40 thn ke atas. Tapi kini tidak lagi.... Bila saya amati dengan mengdiagnos pesakit, 90% penyakit itu datang dari makanan!

Ya! kita adalah apa yang kita makan....
Piramid makanan pengidat kencing manis

Lebih sedih pesakit yang seusia saya atau atas sikit dah buat dialisis 3 kali seminggu, tak mampu bekerja dan perlu ubat insulin dicucuk pada perut.

Memang mulut selalu nak yang sedap. Betul kata pepatah, 'kerana mulut badan binasa'.

Justeru beringatlah ketika menjamu selera. Belajar dan carilah pengetahuan utk mengimbang makanan kita dan keluarga. Agar apa yang masuk dapat diimbangi dengan makanan yang sesuai. Paling PENTING! KURANGILAH ATAU JAUHILAH minuman bergas dan selalu makan diluar.

Orang Yahudi bijak, dia cipta Coke Cola dan seangkatannya. Tapi dia sendiri tak minum. Begitu dgn rokok dan begitu juga dengan AMALAN MAKANAN SUNNAH. Mereka amalkan sunnah susu kambing contohnya, tapi mereka mencipta susu lembu dan susu formula yang katanya terbaik utk kesihatan dan tumbesaran. Walhal mereka minum susu kambing seperti yang dipraktikan Rasulullah SAW dan tidak mengamalkan susu lembu atau susu formula.

Kemudian lahirlah ubat dan rawatan yang tak terjangkau dek kemampuan si pesakit. Maka syarikat insuran berpeluang untuk berbisness. Dan deritalah si pesakit fizikal dan mental hingga akhir hayat....

Selasa, 4 Disember 2012

Rawatan Amal Percuma.....


Jom Sihat... Sempena cuti keputeraan Sultan Selangor 11 Dec ini kami akan menjalankan kerja amal rawatan secara percuma. Cepat kerana sangat terhad... Sayangi diri kita dengan ikhtihar secara alami lagi berkesan. Moga dipermudahkan Allah

Selasa, 20 November 2012

Rawatan Sunnah, rawatan utama

Assalamualaikum....

Seringkali apabila kita sakit, doktor menjadi pilihan rujukan utama bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi seterusnya mengatasi masalah tersebut. Namun perlu kita ingat bahawa kesihatan diri kita ditentukan oleh diri kita sendiri kerana kitalah yang merancang dan mecorakkan kesihatan kita pada masa kini dan akan datang.

Sebagai orang Islam, syarat bagi kesembuhan pastinya bergantung pada keyakinan kita pada Pencipta dan ikhtihar seboleh mungkin kita dalam mengharungi ujian dari Allah tanpa melanggar batas syarak. Justeru keutamaan dalam kita mendapatkan rawatan haruslah diletakkan rawatan berdasarkan syariah seperti yang diajar oleh Nabi SAW. Apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW terhadap kita dalam menjaga dan merawat diri adalah sumber yang terbaik dan selamat.

Saranan Baginda agar amalan pemakanan sunnah seperti madu, zaitun, tin dan tamar memang tepat dan sesuai dengan semua lapisan manusia tanpa mengira kedudukan geografi. Ini bertepatan dengan hadis Baginda “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan api besi panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari). Nyatalah perubatan sunnah yang disarankan oleh Baginda, lebih bersifat semulajadi.

Bergantung juga pada tamadun manusia, zaman demi zaman ditemukan dengan penawar yang diambil dari sumber semula jadi mengikut lingkungan geografi tamadun manusia itu sendiri. Ramuan seperti herba juga adalah saranan terbaik dalam ikhtihar untuk kesembuhan. Perlu kita ketahui, tubuh kita akan serasi dan sesuai dengan persekitaran tempat kita bermastautin. Sebagai contoh jika kita bermastautin di benua Afrika, maka ramuan terbaik bagi makanan kesihatan dan penawar bagi kita adalah herba yang terdapat disekeliling benua Afrika itu sendiri selepas keutamaan diletakkan pada amalan makanan dan ubatan sunnah.

Pun begitu, keberkesanan ubatan moden tidak dapat dinafikan kemujarabannya. Tapi perlu kita ingat akan penggunaan dadah terkawal dan bahan sintetik yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan moden dikhuatiri akan memberi kesan sampingan pada organ tubuh manupun sistem imunisasi tubuh kita. Ini tidak bermakna kita perlu menolak ubatan moden sepenuhnya. 

Apa yang ingin ditekankan kita sebagai pemilik tubuh harus mempunyai sedikit ilmu asas penjagaan kesihatan agar kita dapat memahami akan keperluan tubuh kita. Disamping itu keutamaan akan perlunya diberi kesedaraan betapa pentingnya perubatan sunnah perlu ditekankan. Jadi dengan gabungan tiga elemen dalam berubat iaitu perubatan sunnah, perubatan herba setempat dan perubatan moden pasti akan menjadikan kita memiliki kesihatan yang baik sebagai menghargai anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

Wallahua'lam