Berikut adalah larangan-larangan yang berkaitan amalan berbekam :
* Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita diabetis atau pendarahan, kecuali juru bekam yang mahir.
* Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap pesakit yang fizikalnya sangat lemah.
* Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita infeksi kulit yang kronik.
* Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap orang tua jika mereka tidak begitu memerlukannya, kerana lemahnya fizikal mereka.
* Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita penyakit kanser darah.
* Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap wanita yang sering mengalami keguguran kandungan.
* Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit yang gila atau masalah ketidakstabilan emosi.
* Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit Hepatitis A dan B apabila sedang dalam keadaan parah.
* Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap penghidap penyakit kuning akibat Hepatitis.
* Sepatutnya dihindari pembekaman sesudah mandi.
* Sepatutnya dihindari pembekaman setelah pesakit mengalami muntah.
* Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit yang menjalani hemodialisis.
* Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap pesakit yang mengalami kelainan degupan jantung, kecuali di bawah pengawasan doktor dan orang yang benar-benar ahli bekam.
* Dianjurkan supaya tidak makan sesudah berbekam, tetapi boleh meminum madu atau minuman yang memulihkan kesegaran.
* Ketika membekam, jangan meletakkan gelas bekam di atas urat sendi yang cedera bagi pesakit yang mengalami cedera urat sendi.
* Bagi pesakit masalah bendalir lutut, jangan diletakkan gelas bekam di kawasan yang dirasai sakit padanya.
* Jangan lakukan bekam kepada pesakit yang baru selesai makan (dalam keadaan kenyang), tetapi sebaiknya tempoh dua jam sesudah makan.
* Kaedah bekam untuk pesakit yang bermasalah diabetis adalah dengan penggunaan pen lanset/ jarum akupuntur, tidak boleh menggunakan kaedah sayatan.
* Bagi pesakit yang bermasalah tekanan darah rendah, mereka tidak boleh dibekam di kawasan punggung bahagian bawah. Pembekaman pula dilakukan satu demi satu cup, jangan dilakukan sekaligus di dua tempat atau lebih.
* Bagi pesakit yang menghidapi anemia, pembekaman dilakukan satu demi satu cup, sesuai dengan keadaan dan kesediaan tubuh badannya.
* Jangan dilakukan bekam terhadap wanita yang hamil pada tiga bulan pertama.
* Tidak dianjurkan bekam terhadap pesakit yang bermasalah sihir, kerasukan dan yang seumpamanya, kecuali oleh juru bekam yang mampu mengendalikan keadaan-keadaan tersebut.
* Jangan dilakukan bekam terhadap orang yang baru mnendermakan darahnya, kecuali setelah dua atau tiga hari menderma darah serta bergantung kepada keadaan kesihatannya.
* Pengguna ubat-ubat perangsang tidak digalakkan berbekam, kecuali setelah meninggalkannya.
* Bagi orang tua dan kanak-kanak, hanya dilakukan penyedutan ringan.
* Tidak dianjurkan melakukan bekam dalam keadaan sangat lapar atau sangat kenyang.
* Dianjurkan mandi air panas dan melakukan urutan ringan setelah berbekam.